--
3 orang wakil Surau Al-Idrisiyah telah hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Masjid An-Naim Jalan Kebun pada 28 Julai 2010 yang lalu. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti masjid dan surau-surau di dalam Kg Jalan Kebun, Berjaya Park dan Kota Kemuning. Beberapa maklumat berkaitan arahan-arahan Jabatan Islam Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor turut dimaklumkan di perjumpaan ini di samping maklumat semasa kariah masing-masing.
No Response to "Mesyuarat Penyelarasan Masjid"
Post a Comment