--
21 Julai 2010, Ketua Kampung Kg. Jalan Kebun, Tn Hj Solehan Hj Tahir, Setiausaha JKKK, Tn Hj Ahmad Hakim Kari dan wakil surau AnNur Al-Idrisiyah, En Azman melawat sebuah keluarga di sebuah rumah sewa di kariah Kg Baru 2, Jalan Kebun dan menghulurkan bantuan berupa makanan asas dan wang tunai berikutan aduan seorang penduduk di situ mengenai kesusahan yang menimpa keluarga ini. Namun ketika wakil JKKK tiba, kedua pasangan suami isteri itu tidak berada di rumah kerana berada di hospital menguruskan kelahiran anak mereka yang ke empat malam semalamnya. Sumbangan diserahkan dan dimaklumkan kepada seorang jiran yang berdekatan di situ.
No Response to "JKKK Bantu Keluarga Ditimpa Kesusahan"
Post a Comment